Isnin, 1 Februari 2010

PERJALANAN MASIH JAUH

Amat sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku di masa hadapan, Namun apa yang pasti cabaran yang akan dan sudah sedia tiba perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

Saya amat teruja apabila menerima sebilangan pelajar yang gagal menguasai 3M untuk dipulihkan didalam Kelas Pemulihan Khas..apatah lagi kelas pemulihan Khas mempunyai satu ruang yang cukup istimewa dalam hati saya dan juga suami saya..apatah lagi suami juga mempunyai 1001 kenangan dan memori indah yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata..kerana beliau juga adalah penghuni kelas pemulihan khas satu ketika dulu.

Apabila menoleh kembali sejarah silam maka ia secara tidak langsung memberi 1001 semangat untuk bersama membantu memulihkan insan-insan ini..memberi harapan dan semangat agar mereka mampu berdikari dan keluar dari masalah 3M, disinilah menentukan jatuh bangun mereka apatah lagi cabaran di zaman serba maju ini menuntut segenap penghuninya berpengetahuan luas dan hidup dalam masyrakat yang dipenuhi tuntutahn Ilmu.

Untuk menghadapi cabaran memulihkan mereka sudah pastinya menuntut 1001 macam pengorbanan,ketekunan dan kesabaran yang tinggi…

Saya amat berkeyakinan tinggi mereka ini mampu dipulihkan dengan jaya InsyAllah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan